Pertahankan kerajaan PN Perak: Mubarak

Iklan
Gambar kecil: Shaharudin

IPOH - Semua pemimpin di dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) di Perak perlu kembali ke meja rundingan dalam usaha menyelesaikan kemelut politik yang sedang melanda negeri ini.

Yang Dipertua Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Perak, Datuk Shaharudin Abd Jabar berkata, gabungan parti-parti di dalam PN perlu dikekalkan dengan hanya menukar Menteri Besar sahaja.

Iklan
Iklan

Menurutnya, berbeza pandangan dan rasa tidak puas hati di dalam satu gabungan merupakan perkara biasa di dalam mana-mana parti atau organisasi.

"Saya melihat kemelut politik ini boleh diselesaikan secara dalaman dengan semua parti di dalam PN perlu duduk kembali berbincang untuk menentukan Menteri Besar Perak.

Iklan

"Pada saya, kerajaan PN ini perlu dipertahankan bersama oleh UMNO, Pas dan Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) agar Perak tidak terlepas semula kepada Pakatan Harapan (PH)," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kemelut politik Perak selepas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu disingkirkan menerusi usul undi percaya yang dibuat ketika Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, semalam.

Iklan

Sementara itu, Shaharudin yakin UMNO tidak akan bekerjasama dengan DAP untuk membentuk kerajaan campuran di Perak jika PN gagal mencapai kata sepakat.

Katanya, UMNO pastinya akan ditolak oleh akar umbi dan penyokong jika mereka bekerjasama dengan parti komponen PH itu.

ARTIKEL BERKAITAN: MB Perak hilang sokongan majoriti

'Ada pihak pujuk ADUN tolak undi percaya MB Perak'

Pemimpin PH kunci mulut

Saarani tunjuk tanda bagus selepas menghadap Sultan Perak