Skim kawalan harga: Sembilan kesalahan dikesan

Iklan
Azman semasa menjalankan pemeriksaan di Pasaraya Billion di Port Dickson hari ini.

PORT DICKSON - Sebanyak sembilan kesalahan direkodkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Daerah Port Dickson dalam pemeriksaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baharu Cina 2019 (SKHMP TBC 2019) setakat semalam.

Ketua Cawangan KPDNHEP Port Dickson Azman Abdul Latiff berkata, pemeriksaan ini dilakukan secara harian meliputi pemborong, premis runcit, pasar raya dan pusat beli belah di sekitar kawasan Port Dickson dan Rembau.

Iklan
Iklan

"Sebanyak sembilan kes direkodkan atas kesalahan penggunaan tanda harga merah jambu terhadap barang terkawal, dan sebanyak RM900 jumlah kompaun dikeluarkan kepada semua terlibat.

"Sejak 30 Januari lalu sehingga hari ini (semalam), sebanyak 326 premis telah diperiksa untuk tujuan pemantauan, meskipun tiada sebarang aduan direkodkan sepanjang SKHMP TBC 2019, namun pemantauan akan diteruskan bagi memastikan peniaga mematuhinya serta mendapat manfaat dari pengawalan harga ini," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan pemeriksaan SKHMP TBC 2019 di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Azman turut berkata, kempen kesedaran SKHMP TBC 2019 ini giat dijalankan melalui media massa serta kunjungan ke pasar raya dari segi memberi pendedahan kepada pengguna mengenai kawalan harga serta menasihatkan pengguna melaporkan sebarang kenaikan harga yang tidak munasabah.

Iklan

Katanya, semua peniaga diberi amaran keras supaya mematuhi skim kawalan harga ini, bagi mengelakkan hukuman tindakan Bahagian Penguatkuasaan.

Antara 13 jenis barangan dikuatkuasakan di bawah SKHMP TBC 2019 adalah seperti

ayam hidup, ayam standard, ayam super, telur ayam gred A, B dan C, kubis bulat import, bawang putih, ikan bawal putih, udang putih besar, babi hidup, daging babi (perut) dan daging babi (daging dan lemak).

Sementara itu, KPDNHEP daerah Port Dickson merekodkan 165 kes pelbagai kesalahan membabitkan daerah Port Dickson dan Rembau dengan jumlah nilai rampasan hampir RM 181,200 sepanjang tahun lalu.

Katanya, daripada jumlah tersebut sebanyak RM39,900 nilai kompaun berjaya dikutip.