MFL, FAM kena ambil pengajaran

Iklan
Saingan Liga-M musim depan dibadai masalah penajaan selepas CIMB dan AirAsia menarik diri.

LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu mengambil pengajaran membabitkan isu dua penaja iaitu CIMB dan AirAsia yang menarik diri daripada menaja saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Bekas Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Ridzuan Sheikh Ahmad berkata badan pentadbir liga tempatan itu perlu mempunyai perancangan untuk sekurangnya menyimpan sedikit wang penajaan untuk tujuan kecemasan.

Iklan
Iklan

"Masalah di sini yang saya lihat adalah apabila mereka dapat penajaan yang banyak itu, mereka habiskan semua. Saya fikir mereka kena tumpu untuk melaburkan sedikit wang penajaan tersebut atau menyimpan sedikit wang untuk kecemasan.

"Berbeza pada ketika ini apabila mereka menggunakan semua wang tersebut dan apabila penaja tarik diri, maka mereka tersepit kekurangan wang dan sebagainya," katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Terdahulu, MFL mengumumkan dua penaja utama saingan Liga-M iaitu CIMB dan AirAsia telah mengumumkan untuk menarik diri daripada melanjutkan tajaan dalam Liga-M mulai musim depan.

Perkhabaran itu sekali gus menimbulkan kesukaran buat FAM dan MFL untuk mencari penaja dalam masa terdekat sebelum saingan Liga-M 2021 membuka tirainya pada 26 Februari depan.

Iklan

Begitupun, MFL mungkin mampu menghela nafas lega apabila Telekom Malaysia (TM) dilaporkan kekal komited untuk menjadi penaja Liga-M manakala F&N100Plus pula sedia meneruskan komitmen tajaan berbentuk barangan.

Mengulas lanjut, Ridzuan turut mengharapkan agar MFL dan FAM mempunyai perancangan lebih baik musim depan dan tidak boros dalam membelanjakan wang tajaan yang diterima.

"Mungkin untuk saingan liga musim depan mereka boleh mengecilkan sedikit perbelanjaan dan beberapa juta ringgit wang tajaan boleh disimpan atau disalurkan untuk pelaburan.

"Jangan jadi seperti kais pagi makan pagi kais petang makan petang yang akhirnya akan menyusahkan perjalanan Liga-M nanti," katanya,