SHAH ALAM – Pemimpin UMNO dan Pas akan segera bertemu untuk membincangkan perkembangan politik semasa termasuk di Perak.
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa menerusi ciapan di Twitternya, @AnnuarMusa berkata, pemimpin kedua-dua parti itu akan bertemu di peringkat Muafakat Nasional (MN).
Iklan
Iklan
"Adalah penting kita tangani bersama semua kekusutan. Jangan mengharap untung secupak, tapi akhirnya rugi segantang,” ciapnya yang kemudian menerima reaksi balas pengguna Twitter lain yang berpendapat perkara itu menyentuh situasi semasa dan politik negara.
ARTIKEL BERKAITAN: pic.twitter.com/o4S3ZLvcCo
— Annuar Musa (@AnnuarMusa) December 6, 2020