Wanita, dua kanak-kanak maut dalam kebakaran

Iklan
Tiga mayat ditemukan maut dalam kejadian kebakaran di sebuah rumah kedai di Kampar hari ini. Foto: Ihsan pembaca

KAMPAR - Tiga individu termasuk dua kanak-kanak ditemukan maut dalam kebakaran sebuah rumah kedai di Jalan Kampar Barat 3, Taman Kampar Putra di sini pagi tadi.

Bagaimanapun, identiti wanita berusia 35 tahun serta kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dan kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun belum dikenal pasti.

Iklan
Iklan

Ketua Zon 1, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Nor Rasidamayati Abd Rasid berkata, sepasukan 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kampar dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 10.03 pagi.

Menurutnya, anggota terpaksa memecah masuk premis di tingkat satu itu dengan menggunakan kapak selepas pintu didapati dalam keadaan berkunci.

Iklan
Tiga mangsa ditemukan maut dalam kebakaran rumah kedai di Kampar hari ini. Foto: Ihsan pembaca

"Keadaan ruang premis dipenuhi asap dan anggota berjaya memadam kebakaran dalam tempoh tiga minit.

"Ketiga-tiga mangsa ditemui pada jam 10.20 pagi di atas katil dalam keadaan terbakar 70 peratus,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.

Iklan

Katanya, ketiga-tiga mayat berjaya dibawa keluar untuk diserahkan kepada polis dan seterusnya ke Unit Forensik Hospital Kampar untuk dibedah siasat.

"Punca kebakaran masih dalam siasatan. Unit Forensik Bomba bersama PDRM masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian,” katanya.