Dua aduan beruang matahari berkeliaran di Tanjong Karang

Iklan
Laporan Sinar Harian berkaitan beruang matahari yang berkeliaran di Tanjong Karang.

KUALA SELANGOR - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor menerima dua aduan daripada pemimpin peringkat kampung berhubung kehadiran beruang matahari di sekitar Tanjong Karang.

Pengarahnya, Haidar Khan Mokbolhasan berkata, aduan pertama dilaporkan berlaku di Kampung Sungai Gulang-Gulang pada 3 Disember lalu, manakala aduan kedua di Kampung Sungai Tengi Kanan semalam.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pihaknya telah menjalankan siasatan berhubung perkara itu.

"Beruang ini dipercayai dari Hutan Simpan Kekal Raja Musa, Bestari Jaya bergerak ke Kampung Sungai Gulang-Gulang dan Kampung Sungai Tengi Kanan.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Gempar terserempak beruang matahari melintas jalan

"Beruang ini kemudian berkeliaran ke Kampung Sungai Sireh dan menuju ke Ban Kanal, Tanjong Karang," katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Iklan

Haidar berkata, pihaknya akan membuat pemantauan berterusan berhubung aduan itu.

"Kami memohon orang awam tidak mengganggu hidupan liar dan mematuhi had kelajuan kenderaan kerana kawasan berkenaan berhampiran kawasan keliaran hidupan liar," katanya.

Pengguna jalan raya yang melalui Jalan Kampung Sungai Sireh di sini terserempak dengan beruang matahari yang melintas jalan.

Gambar haiwan yang sedang menyeberang jalan itu kini tular selepas dimuat naik di Facebook sejak pagi tadi.