Mekanik rugi ditipu love scam

Iklan
Mangsa (kiri) menunjukkan laporan polis selepas bertemu Adun Bukit Kepayang, Nicole Tan (tengah) dipejabatnya hari ini.

SEREMBAN - Seorang mekanik mengalami kerugian sebanyak RM 2,250 akibat diperdaya Love Scam membabitkan seorang wanita yang dikenali melalui Facebook.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Lim, 33, berkata, dia mengenali wanita kononnya dari Australia itu sejak Oktober lalu, sebelum memaklumkan ingin datang ke Malaysia.

Iklan
Iklan

Katanya, pada 2 Disember lalu, wanita yang dikenali sebagai Jenny Cheng itu menghantar pesanan melalui Facebooknya memaklumkan bahawa dia ditahan ditahan oleh Kastam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana membawa masuk wang tunai (Dolar US) berlebihan.

"Seorang wanita yang menyamar sebagai pegawai kastam meminta wang tunai RM2,250 dengan alasan untuk melepaskan mangsa dan bagi tujuan mendapatkan satu surat pengesahan anti pengganas dan wang berkenaan dimasukkan ke dalam akaun yang diberi.

Iklan

"Dua jam selepas itu, pegawai kastam yang memperkenalkan diri sebagai Nur Shahadah Abdullah meminta lagi wang berjumlah RM 5,200 bagi tujuan menyelesaikan masalah membawa duit dolar US berlebihan dengan IMF (Tabung Kewangan Antarabangsa)," katanya ketika ditemui di Pejabat Khidmat DUN Bukit Kepayang dekat sini hari ini.

Mangsa memasukkan sejumlah wang diminta oleh wanita menyamar sebagai pegawai kastam.

Bagaimanapun kata Lim, walaupun dia bersimpati dengan nasib wanita berkenaan tetapi tidak dapat membantu kerana tiada jumlah itu dalam simpanannya.

Iklan

Simpati dengan wanita berkenaan, Lim memberitahu, dia kemudiannya meminta bantuan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepayang, Nicole Tan untuk menyelamatkan wanita tersebut sebelum menyedari dirinya ditipu.

Lim kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Seremban pada 3 Disember dan sehingga kini akaun Facebook wanita itu tidak dapat diakses.

Dalam pada itu, Nicole menasihatkan masyarakat tidak mudah terpedaya dengan individu yang dikenali di laman sosial.

Katanya, orang ramai perlu berhati-hati kerana penjenayah sekarang ini sangat kreatif untuk memperdayakan individu demi kepentingan mereka sendiri.