PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menghulurkan salam takziah salam kepada pemain bola sepak kebangsaan, Syafiq Ahmad, 25 yang kehilangan anak lelaki serta ibu mentuanya setelah kenderaan dinaiki mereka terlibat dalam nahas di Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Sungai Bakap, Pulau Pinang, awal pagi tadi.
Dalam nahas berkenaan, anak lelaki Syafiq, Muhammad Aisy Saqeef, yang baru dilahirkan 14 November 2020 lalu serta ibu mentuanya, Zainab Wahab, 45, dan pembantu rumah warga Indonesia, Titik Sukamti dipercayai berusia sekitar 30-an meninggal dunia di tempat kejadian.