[EKSKLUSIF] Saarani sudah dapat 26 sokongan SD jadi MB Perak

Iklan
Selain Saarani, Shahrul Zaman turut disebut-sebut sebagai bakal Menteri Besar Perak baharu menggantikan ADUN Chenderiang, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

SHAH ALAM - Angka Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak yang dipercayai sudah menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad sebagai calon menteri besar baharu negeri itu, kini meningkat daripada 15 kepada 26 orang.

Seorang ADUN UMNO enggan dinamakan berkata, setakat ini, kesemua 25 ADUN UMNO sudah menandatangani SD menyokong penuh Saarani menerajui kerajaan baharu Perak kelak, meskipun pada peringkat awal hanya 15 orang sahaja menandatanganinya.

Iklan
Iklan

Lebih menarik, seorang ADUN daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), yang sebelum ini mengambil keputusan keluar parti lama bagi menyokong pelantikan semula Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sewaktu 'Langkah Sheraton', bulan Februari lalu, turut mengambil tindakan sama.

"Sebenarnya, kalau kita perolehi sokongan empat lagi ADUN Bersatu termasuk Ahmad Faizal sendiri, angka 30 ADUN sudah memadai untuk UMNO bersama Bersatu membentuk kerajaan baharu.

Iklan

"Namun, baginda Tuanku Sultan Perak pastinya mahu kerajaan terbentuk lebih stabil.

ARTIKEL BERKAITAN: [EKSKLUSIF] Pas dolak-dalik faktor UMNO cari kerjasama baharu

Iklan

UMNO sedia kerjasama PH bentuk kerajaan di Perak

Kami sedia bekerjasama dengan UMNO: PH Perak

Pemimpin UMNO, Pas bincang krisis politik Perak

"Atas sebab itu, Pas perlu segera membuat keputusan (sama ada menyokong kerajaan baharu diterajui UMNO atau tidak," katanya.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan pendedahan Setiausaha Bersatu Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin sebelum ini yang mendakwa seramai 15 ADUN UMNO telah menandatangani SD menyokong Saarani sebagai Menteri Besar Perak yang baharu.

Selain Saarani, Shahrul Zaman turut disebut-sebut sebagai bakal Menteri Besar Perak baharu menggantikan ADUN Chenderiang, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu

Menurut Zainol Fadzi, teka-teka mengenai calon Menteri Besar bukanlah satu rahsia kerana sejak usul undi percaya dikemukakan, beberapa ADUN telah menandatangani SD tersebut dalam perjumpaan awal.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyataan hari ini, tidak menolak kemungkinan parti itu akan bekerjasama dengan parti-parti dalam Pakatan Harapan (PH) termasuk DAP untuk menubuhkan kerajaan baharu Perak.

Selain Saarani, antara nama lain yang dikaitkan dengan jawatan nombor satu kerajaan negeri Perak itu adalah bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (BN-Pangkor) dan Datuk Shahrul Zaman Yahya (BN-Rungkup).

Jumaat lalu, Ahmad Faizal yang juga Timbalan Presiden Bersatu disahkan hilang sokongan majoriti selepas usul undi percaya yang dibuat ke atasnya tidak mendapat sokongan majoriti ADUN Perak.

Usul undi percaya yang dibawa oleh Datuk Abd Manaf Hashim (BN-Pengkalan Baharu) ke dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak mendapat 10 undi sokongan, 48 undi menolak manakala satu undi rosak menerusi undi belah bahagi.

ADUN UMNO berkenaan mendakwa, pendirian terkini Pas yang sukar dijangka itu turut menguatkan lagi teori kemungkinan parti Melayu itu sukar menerima pelantikan pemimpin UMNO menggalas jawatan tertinggi di peringkat negeri dan negara.

"Berdasarkan situasi semasa, sekiranya Pas masih enggan berkompromi, ada kemungkinan besar UMNO tidak lagi menjalinkan kerjasama dengan parti itu bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

"Sekiranya berlaku penubuhan kerajaan campuran antara UMNO dan Pakatan Harapan (PH) sekalipun, perjanjian kerjasama itu terhad sehingga PRU15 sahaja. Sewaktu PRU15 berlangsung, masing-masing akan bawa diri," katanya.

Mengenai nasib Ahmad Faizal, ADUN UMNO berkenaan yakin Ahli Parlimen Tambun itu akan ditawarkan jawatan menteri penuh di peringkat kerajaan Pusat, susulan beliau juga merupakan individu nombor dua paling penting dalam Bersatu.

"Mesti ada tempat untuk beliau (Ahmad Faizal) di Putrajaya...saya yakin," katanya.