KUALA LUMPUR - Presiden MIC, Senator Tan Sri S A Vigneswaran memberi amaran kepada perusuh yang berhimpun di luar kuil Seafield Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya agar tidak menjadi 'hero' dengan melakukan tindakan bodoh sehingga mengancam nyawa orang ramai tidak berdosa.
Beliau yang juga Yang Dipertua Dewan Negara menyifatkan, tindakan ganas perusuh sebagai melanggar keputusan undang-undang bahawa kuil tersebut sepatutnya dipindahkan pada 22 November lalu berdasarkan arahan dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 11 Mac 2014.
"Jangan kumpul nak jadi hero, buat tindakan-tindakan bodoh sehingga mengancam nyawa orang tidak berdosa.
"Ini marah-marah pergi pecah, bakar. Ini keputusan mahkamah bukannya undang-undang rimba," katanya ketika sidang media di Parlimen, hari ini.
Beliau menegaskan insiden kekecohan di kuil Seafield ini tiada kaitan dengan rusuhan kaum sebaliknya ia hanya isu perpindahan tapak kuil dan tidak sepatutnya dipolitikkan.
"Bomba datang nak selamatkan nyawa orang awam, nyawa dia pula yang terancam, ini perbuatan samseng yang tak boleh diterima sama ada di pihak pembangkang mahupun kerajaan.
"Lagi satu jangan salahkan polis sebaliknya semua orang harus bekerjasama menamatkan rusuhan ini. Selaku Speaker Dewan Negara, saya sangat kesal dengan kejadian anggota yang jaga ketenteraman awam dipukul, pihak polis perlu ambil tindakan," katanya lagi.
[ ARTIKEL BERKAITAN: Rusuhan kuil: Polis nafi lambat bertindak ]
Media sebelum ini melaporkan Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, yang merupakan mangsa rusuhan di kuil berkenaan kini berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dipercayai mengalami kecederaan patah tulang rusuk serta beberapa kecederaan dalaman.
Adib kini masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) dan bergantung kepada sistem sokongan hayat.
Terbaharu, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Mohamad Hamdan Wahid berkata anggotanya, Muhammad Adib Mohd Kassim ditarik perusuh ketika pasukannya berundur dari lokasi.
Katanya, dua jentera bomba termasuk van Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) yang dinaiki Muhammad Adib telah diserang dengan balingan batu dan objek menyebabkan berlaku kerosakan pada cermin dan badan kenderaan itu.