Tuduhan manipulasi data Covid-19 buat 'frontliners' berduka

Iklan

TEKNOLOGI digital telah membawa kita kepada kebebasan bersuara oleh setiap individu. Setiap orang boleh memiliki akaun media sosial masing-masing dan bertindak menjadi ‘lidah’ bagi seseorang itu bersuara.

Cakaplah apapun yang kita nak cakap, pasti ia disiarkan kerana kitalah penulis, kitalah jurufoto, kitalah penganalisis dan kitalah editor kepada akaun media sosial sendiri.

Iklan
Iklan

Setiap orang harus menerima norma ini tanpa prejudis atau alasan lapuk. Zaman tidak akan statik pada kedudukan yang sama, pasti ia akan berubah dan pemikiran kita juga wajar turut sama-sama berubah.

Dalam situasi teknologi digital yang bersifat makro ini, tak kurang ada juga dikalangan penggunanya yang bersikap kelancangan melampau. Ada yang sesedap rasa ia meragui fakta pihak berintegriti, menuduh rasuah dan pelbagai lagi.

Iklan

Syukur Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak lagi semudah itu menerima ‘posting’ tuduhan rasuah tanpa ada bukti yang kukuh di media sosial.

Kita pasti tidak akan lupa, bagaimana tuduhan-tuduhan liar diskriminasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) oleh seorang lelaki Bangladesh bernama Md Rayhan Kabir, sehingga kita terpaksa mengambil tindakan perundangan dan menghantar balik ke negara asal.

Iklan

Terkini tuduhan liar berlaku lagi tanpa asas dan usul periksa, tanpa bertanya terus membuat kecaman terhadap kesahihan data yang dikemukakan oleh jurucakap kerajaan untuk bidang kesihatan bagi Covid-19 iaitu Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah yang direka atau dibuat-buat.

Sudah tentu para ‘frontliners’ amat berdukacita apabila ada segelintir dari rakyat kita sendiri sanggup menuduh bahawa angka-angka Covid-19 yang dilaporkan pada setiap hari itu hanya mainan manipulasi.

Kerakusan mencari publisiti dengan tuduhan-tuduhan liar ini sangatlah tidak bertanggungjawab. Ia mematahkan semangat banyak pihak terutama ‘frontliners’ yang bertungkus lumus demi negara siang hingga malam.

Seluruh neagra sebenarnya berada dalam satu pasukan memerangi Covid-19. Orang-orang politik juga telah membuat genjatan politik, tiba-tiba Kementerian Kesihatan (KKM) masih lagi diserang. Apa motifnya?

Adakah ini suatu pengkhianatan kepada perjuangan seluruh rakyat Malaysia dalam membanteras Covid-19?

Rupanya, dalam kita tidak boleh leka memerangi Covid-19, nampaknya kita juga perlu memerangi mereka yang rakus menabur fitnah dan tuduhan tak berasas sebegini.

Eloklah tahan segera dan siasat pengkhianat usaha murni membendung Covid-19 yang masih berbaki dalam negara kita.

Polis patut ambil tindakan tegas terhadap pihak yang memfitnah dan membuat tuduhan liar lagi tidak berasas terhadap agensi dan kementerian terutama yang telah bertungkus lumus dalam membendung Covid-19.

Jangan kita ganggu semangat para ‘frontliners’ kita dalam melawan virus maut ini. Berhentilah dari menyalahguna media sosial dan teknologi digital. Jika ada, badan penguatkuasa wajar untuk bertindak dengan tegas dan segera.

*Ibrahim Md Syukri ialah Penjawat Awam di Putrajaya