Kelantan bimbang perantau pulang cetus kluster baharu

Iklan
Kerajaan Kelantan mengakui bimbang akan wujud kluster baharu berikutan kepulangan perantau ke negeri ini selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ditamatkan di beberapa negeri yang terlibat.

TANAH MERAH - Kerajaan Kelantan mengakui bimbang akan wujud kluster baharu berikutan kepulangan perantau ke negeri ini selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ditamatkan di beberapa negeri yang terlibat.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin berkata, bagaimanapun kerajaan tidak mampu menghalang tindakan tersebut memandangkan peluang ini diambil oleh mereka yang tidak dapat pulang ke kampung sebelum ini.

Iklan
Iklan

"Kita bimbang akan jadi seperti baru-baru ini yang mana sebaik Kluster Mengketil lenyap, muncul pula Kluster Huma dan mungkin akan timbul (kluster) yang baharu lagi disebabkan kepulangan mereka dari luar Kelantan.

"Kita bukan nak halang mereka pulang ke kampung halaman kerana didikan rakyat Kelantan sememangnya hubungan kekeluargaan sangat kuat sama ada ibu bapa atau anak, masing-masing akan berasa 'tidak sedap duduk' jika lama tidak berjumpa,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Iklan

Terdahulu, beliau hadir majlis majlis penyerahan kunci rumah mampu milik negeri Kelantan di Taman Wadi Iman di sini.

Mengulas lanjut, Izani berkata, kepada perantau yang mahu pulang ke kampung, mereka dinasihatkan untuk bersabar seketika buat sementara waktu bagi memastikan keadaan kembali reda seperti biasa.

Iklan

Ketika ditanya mengenai kluster Huma di Pasir Puteh, Izani berkata, bilangan kes masih belum dapat disahkan namun keadaan masih terkawal dan berharap tiada peningkatan kes berlaku selepas ini.

Beliau yang mewakili kerajaan negeri juga merakamkan ucapan penghargaan kepada seluruh rakyat negeri ini yang sentiasa patuh pada arahan atau prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi tidak kira di mana mereka berada.

"Saya ucap tahniah kepada rakyat Kelantan yang memberi kerjasama baik dalam pematuhan SOP dan kita harap mereka tidak terus leka walau sudah boleh bergerak bebas," katanya.