Peruntukan Kementerian Pengangkutan lulus melalui undi belah bahagian

Iklan
Dewan Rakyat hari ini meluluskan peruntukan kepada Kementerian Pengangkutan di peringkat jawatankuasa dalam Belanjawan 2021. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat hari ini meluluskan peruntukan kepada Kementerian Pengangkutan di peringkat jawatankuasa dalam Belanjawan 2021.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun mengumumkan perkara itu selepas majoriti ahli Parlimen memberi sokongan menerusi undi belah bahagian.

Iklan
Iklan

"RM6.05 bilion diperuntukkan Kementerian Pengangkutan peringkat jawatankuasa dalam Belanjawan 2021 lulus dengan 109 setuju, 94 tidak bersetuju dan 17 tidak hadir dalam undi belah bahagi," kata Azhar.

Ini menyaksikan Perikatan Nasional (PN) mendahului dalam pembentangan semua 13 kementerian di peringkat jawatankuasa Belanjawan 2021.

Iklan

Terdahulu, sembilan ahli Parlimen mengambil bahagian dalam perbahasan kementerian itu, tiga ahli Parlimen yang mencelah dan kemudiannya digulung Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong.

Sebelum itu, peruntukan kepada Kementerian Kerja Raya juga diluluskan dengan undian suara meskipun isu projek Lebuhraya Pan Borneo hangat dibahaskan.

Iklan