Anwar restu kerjasama PH-UMNO bentuk kerajaan Perak

Iklan
Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR - Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim membenarkan PH Perak turut serta dalam rundingan bagi menubuhkan kerajaan di negeri berkenaan.

Beliau bagaimanapun berkata, rundingan tersebut berdasarkan kepada prinsip pemerintahan dan ketelusan.

Iklan
Iklan

"Bagi kami (PH), ini mengenai pemerintahan yang baik. Ia berkaitan bagaimana untuk memastikan bahawa perubahan hanya dapat diterima atau disyorkan menerusi kestabilan dan komitmen terhadap pembaharuan menerusi pemerintahan yang baik," katanya kepada pemberita di Parlimen di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap pertanyaan sama ada beliau membenarkan DAP meneruskan rundingan bagi membentuk kerajaan di Perak atau sebaliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: UMNO sedia kerjasama PH bentuk kerajaan di Perak

Kami sedia bekerjasama dengan UMNO: PH Perak

Kerjasama UMNO-PH sudah dirancang awal

Iklan

Semalam, Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming memaklumkan bahawa parti itu dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedia untuk bekerjasama dengan UMNO bagi membentuk kerajaan baharu di Perak.

Jelasnya, ia demi kepentingan rakyat dan bersedia untuk menubuhkan sebuah kerajaan kuat dan stabil.

Iklan

Sementara itu, Anwar berkata, Majlis Presiden PH memantau perkembangan semasa di Perak.

"Perbincangan dengan kepimpinan negeri melibatkan PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) dilakukan dan semuanya adalah positif.

"Ini kerana ia mencerminkan ketidakcekapan Menteri Besar di negeri itu dan mereka perlu mengambil tindakan," katanya.

Ditanya adakah pemimpin daripada UMNO merupakan calon terbaik pada pandangan beliau, Anwar berkata, pihaknya belum membincangkan perkara tersebut.

"Kami telah membenarkan pemimpin Perak untuk mengadakan perbincangan panjang lebar dan memberikan cadangan yang diperlukan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Spekulasi UMNO, DAP bekerjasama mungkin jadi kenyataan'

UMNO akan berpecah jika jalin kerjasama dengan DAP