Norhizam perjelas tular gambar berseluar paras lutut

Iklan
Gambar Norhizam memakai seluar paras lutut dan baju T hitam sambil berjalan bersama Chee Leong pada program itu menjelang sambutan Tahun Baharu Cina di Jonker Street mula tular sejak semalam dan telah mengundang pelbagai reaksi netizen.

MELAKA - Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani negeri, Norhizam Hassan Baktee menjelaskan mengenai gambar beliau yang tular dalam keadaan memakai seluar paras lutut dalam satu majlis sambutan Tahun Baharu Cina di Jonker Street semalam.

Menurut Norhizam, sebenarnya beliau ketika itu dalam keadaan santai dan berada di kawasan tersebut sejak jam 7 pagi untuk bertemu rakan-rakan sambil melihat barangan antik sempena hujung minggu.

Iklan
Iklan

Katanya, pada masa sama secara kebetulan ketika itu berlangsungnya majlis perasmian tarian naga sempena Tahun Baharu Cina di kawasan pelancongan itu.

"Saya sudah berada di sana sejak jam 7 pagi untuk bertemu rakan-rakan dan sahabat handai di kawasan jualan pasar pagi pada hari Ahad dan kebetulan ada program tarian naga yang dirasmikan oleh Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Low Chee Leong.

Iklan

"YB Chee Leong nampak kehadiran saya dan mengajak saya untuk turut serta dalam program itu walaupun pada mulanya saya menolak kerana memakai pakaian yang agak tidak sesuai,” katanya ketika ditemui di sini.

Gambar Norhizam memakai seluar paras bawah lutut dan baju T hitam sambil berjalan bersama Chee Leong pada program itu menjelang Tahun Baharu Cina di Jonker Street mula tular sejak semalam dan mengundang pelbagai reaksi netizen.

Iklan

Walaupun menolak untuk menyertai acara itu, Norhizam akhirnya akur untuk menyertai program bertemu rakyat itu setelah dimaklumkan oleh Chee Leong bahawa pakaiannya itu lebih santai dan mesra rakyat.

"Saya hanya bergambar sekejap, bersalaman dengan penduduk tetapi tidak naik atas pentas program tetapi saya digambarkan sebagai tidak menghormati majlis dan sambutan perayaan kaum lain,” katanya.