Guru agama cedera diragut

Iklan
Dalam kejadian jam 4.30 petang, wanita berusia 23 tahun itu mengalami luka di bahagian lutut, paha dan bibir.

SABAK BERNAM - Seorang guru agama cedera diragut ketika menunggang motosikal di Sungai Air Tawar menghala Ke Pekan Parit Baru di sini petang semalam.

Dalam kejadian jam 4.30 petang, wanita berusia 23 tahun itu mengalami luka di bahagian lutut, paha dan bibir.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, kejadian berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal bersendirian dalam perjalanan ke rumah anak muridnya bagi pembelajaran agama.

"Mangsa didatangi dua lelaki menaiki sebuah motosikal yang cuba mengambil beg tangan miliknya yang berada dalam raga motosikalnya.

Iklan

"Bagaimanapun, suspek tidak berjaya mengambil beg tangan terbabit kerana mangsa sempat menolak tangan suspek," katanya.

Agus Salim berkata, kejadian itu menyebabkan mangsa terjatuh di tepi jalan dan mengalami kecederaan.

Iklan

"Tiada kerugian dialami mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun keseksaan," katanya.

Sebelum ini tular gambar wanita itu terjatuh daripada motosikal selepas menjadi mangsa ragut petang semalam.