Perdana Menteri Romania letak jawatan

Iklan
Perdana Menteri Romania, Ludovic Orban meletakkan jawatan semalam selepas prestasi buruk parti pimpinannya dalam pilihan raya parlimen negara itu. - Foto AFP

BUCHAREST - Perdana Menteri Romania, Ludovic Orban semalam mengumumkan bahawa beliau meletakkan jawatan sehari selepas partinya menunjukkan prestasi mengecewakan dalam pilihan raya Parlimen.

"Hari ini, (semalam) saya memutuskan untuk meletakkan jawatan," kata Orban menerusi televisyen selepas Parti Liberal Kebangsaan (PNL) pimpinannya menduduki tempat kedua di belakang parti pembangkang, Sosial Demokrat.

Iklan
Iklan

"Keputusan saya menunjukkan saya tidak bergantung dengan sebarang kedudukan. Bagi saya, kepentingan kebangsaan mendahului parti dan kehendak peribadi," tambahnya.

Presiden Klaus Iohannis dijangka memilih seorang lagi anggota Kabinet untuk mengetuai kerajaan buat sementara waktu.

Iklan

Parti PNL memperoleh 25.5 peratus undi di belakang Sosial Demokrat (PSD) yang mendapat 30 peratus undi, berdasarkan 95 peratus undian yang telah dikira setakat ini.

Bagaimanapun, PNL dipercayai akan terusk mentadbir negara itu sebagai sebahagian daripada perikatan campuran kerana Presiden Romania pernah menyatakan beliau tidak akan mencalonkan nama Perdana Menteri daripada PSD. - AFP

Iklan