Rakyat Brazil ditawarkan vaksin Covid-19 percuma

Iklan
Rakyat Brazil bakal ditawarkan vaksin Covid-19 secara percuma, memetik pengumuman Presiden Jair Bolsonaro. Foto Xinhua

MOSCOW - Rakyat Brazil bakal ditawarkan vaksin Covid-19 secara percuma, lapor Agensi Berita Sputnik, memetik pengumuman Presiden Jair Bolsonaro.

"Sekiranya terdapat perakuan ANVISA (panduan saintifik dan perakuan undang-undang), pemerintah Brazil akan menawarkan vaksin kepada seluruh penduduk secara percuma dan tidak diwajibkan," ciap Bolsonaro di Twitter pada Isnin.

Iklan
Iklan

Presiden menambah, kementerian ekonomi mempunyai sumber yang mencukupi untuk memastikan setiap penduduk berpeluang mendapatkan vaksin.

Awal bulan ini, pihak berkuasa kesihatan Brazil mengumumkan negara itu akan mendapatkan kumpulan pertama daripada 15 juta dos vaksin Covid-19 Universiti Oxford dan AstraZeneca dalam dua bulan pertama 2021. Sejumlah 100 juta dos dijangka tiba pada separuh pertama tahun depan.

Iklan

Menurut Menteri Kesihatan Eduardo Pazuello, 160 juta dos vaksin akan dihasilkan di Brazil pada separuh kedua 2021.

Brazil negara ketiga di dunia yang mencatatkan kes Covid-19 paling tinggi, dengan lebih 6.6 juta kes disahkan.

Iklan

Sementara jumlah kematian di negara itu dilaporkan melebihi 177,300, kedua tertinggi di dunia selepas Amerika Syarikat. - Bernama