DRZ Iskandar bakal jana pelaburan RM351 juta

Iklan
Khairil Anwar (tengah) melihat dron dan tapak yang akan bangunkan dengan DZR Iskandar di Medini 9, Bandar Medini, Iskandar Puteri hari ini.

ISKANDAR PUTERI - Iskandar Investment Berhad (IIB) di bawah Iskandar New Economy Experience Talent (Iskandar NEXT) hari ini melancarkan Zon Dron dan Robotik (DRZ) Iskandar di daerah ini iaitu yang pertama di Asia Tenggara.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif IIB, Datuk Ir Khairil Anwar Ahmad berkata, program Iskandar NEXT itu akan menjana pelaburan RM351 juta dan menyediakan 1,000 peluang pekerjaan dalam bidang dron dan robotik menjelang tahun 2025.

Iklan
Iklan

"DRZ Iskandar bertujuan untuk mewujudkan ekosistem dron dan robotik di Iskandar Puteri yang bakal menjadi mesin pertumbuhan, memacu teknologi dan menjadi hab tenaga kerja untuk Malaysia dan Asia Pasifik.

"Pelancaran DRZ Iskandar akan meningkatkan inovasi digital di Iskandar Puteri selain dapat memanfaatkan lokasi strategiknya dan infrastruktur Medini yang sedia ada serta tenaga kerja mahir. Ini termasuk sebagai sandbox di bawah inisiatif National Technology dan Innovation Sandbox (NTIS)," katanya dalam sidang akhbar selepas pelancaran DRZ Iskandar di Bandar Medini di sini hari ini.

Iklan

Pada majlis tersebut, majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara IIB Ventures iaitu anak syarikat IIB dengan DHL dan Malaysian Global Innovation and Creativity Centre (MaGIC) dimeterai untuk mewujudkan zon dron dan robotik pertama di rantau ini.

Menerusi usaha tersebut, semua pihak terbabit bersama-sama Lembaga Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) menyasarkan untuk mengembangkan satu eko sistem teguh dan berkesan berkaitan dron dan robotik.

Iklan
Hasni (tengah) menyaksikan pelancaran dan MoU antara IIB Ventures, DHL dan MaGIC untuk DZR Iskandar yang dilakukan secara maya di Medini 9, Bandar Medini, Iskandar Puteri hari ini.

Ini termasuk tenaga kerja untuk industri teknologi dron dapat dilatih, program dron bertaraf antarabangsa dapat dihoskan serta permulaan dengan inkubator, akselerator dan inovator dapat berkumpul untuk menguji dan mengkomersialkan inovasi dron serta robotik mereka.

CAAM pula akan menyediakan kerangka kerja teknikal, peraturan dan parameter agar dron dapat beroperasi dengan cekap dan selamat selain akan menaikkan nama Malaysia dalam industri teknologi dron serantau dan global.

Pelancaran dan MoU tersebut yang dilakukan secara maya turut disertai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, Menteri Besar Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani.

Khairil Anwar berkata, pihaknya berbangga dapat bekerjasama dengan rakan kongsi untuk projek itu seperti DHL, MaGIC, Futurise, Perbadanan Ẹkonomi Digital Malaysia (MDEC), CAAM dan 46 syarikat tempatan dan antarabangsa yang lain untuk bersama-sama mengembangkan eko sistem DRZ Iskandar.

Beliau berkata, DRZ Iskandar pada masa depan akan menyediakan perkhidmatan untuk pelbagai sektor dan industri di negara ini termasuk sebagai persediaan serta pemangkin dalam Revolusi Industri 4.0.

Sementara itu, Pengarah Urusan DHL Express Malaysia dan Brunei, Julian Neo berkata, pihaknya yakin dapat membantu IIB Ventures mewujudkan ekosistem dron dan robotik bertaraf dunia di Iskandar Puteri.

"Dengan memanfaatkan pengalaman teknologi dan kepakaran logistik kami yang terbukti berharga dalam pengiriman dan pelepasan kastam untuk komponen dron, saya yakin DHL dapat membantu usaha ini," katanya.