Lebih 20 tahun tinggal sebelah bekas kandang khinzir

Iklan
Nor Salim Krishnan dan anaknya berdiri di hadapan rumah mereka di Kampung Kebun Jimah, Port Dickson.

PORT DICKSON - Menjadi harapan lima beranak untuk berpindah ke lokasi kediaman yang lebih selamat berikutan rumah didiami di Kampung Kebun Jimah, di sini agak terpencil dan pernah disamun sebanyak dua kali.

Malah lokasi rumah yang didiami lebih 20 tahun oleh Nor Salim Krishnan Abdullah, 68, itu juga kurang selesa kerana bersebelahan dengan bekas kandang khinzir.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sudah banyak kali dia membuat permohonan mendapatkan rumah di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), namun tiada sebarang maklum balas membuatkan dia berputus asa.

"Mujurlah anak bekas majikan benarkan saya tinggal di rumah ini buat sementara waktu. Cuma saya risau jika suatu hari nanti dia mahu jual tanah ini, di mana pula saya mahu bawa keluarga tinggal," katanya kepada Sinar Harian selepas menerima kunjungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) My Kasih Care hari ini.

Bekas tapak ladang khinzir bersebelahan rumah Nor Salim Krishnan di Kampung Kebun Jimah, Port Dickson.

Iklan

Meskipun rumah yang didiaminya sekarang boleh dianggap selesa buatnya sekeluarga untuk berteduh, namun lokasinya yang agak sunyi menyebabkan ia mudah menjadi sasaran penjenayah.

Kata Nor Salim Krishan, rumahnya pernah disamun dua kali yang turut mengakibatkannya cedera di kepala.

Iklan

"Tapi saya tiada pilihan, terpaksa terus tinggal di sini dan selalu berdoa supaya tiada lagi kejadian buruk berlaku.

"Untuk perbelanjaan harian, saya masih mampu lagi kerana saya ada berniaga cendawan kecil-kecilan dan isteri pula berniaga gerai makan. Tapi sekarang saya hanya mahu bantuan rumah sahaja," katanya.

Syed Shukri (kanan) mendengar permasalahan Nor Salim Krishnan sambil diperhatikan Khusniati ketika mengunjungi kediamannya di Kampung Kebun Jimah, Port Dickson hari ini.

Sementara itu anak keduanya Khusniati, 18, turut berharap mereka diberi bantuan tempat tinggal baharu yang bukan sahaja lebih selesa, tetapi juga selamat.

"Risau juga tinggal sini kerana kawasan ini agak sunyi dan ramai pekerja lelaki. Beberapa kali juga saya diganggu mereka yang membuatkan saya rasa tak selesa.

"Tapi apa nak buat kerana buat masa ini hanya di rumah ini sajalah tempat kami berteduh. Harapnya kami boleh pindah ke rumah lebih selesa," katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi My Kasih Care, Syed Shukri Nizam Jaafar berkata, pihaknya terpanggil untuk mengetengahkan permasalahan dihadapi Nor Salim Krishnan kerana melihat keperluannya untuk berpindah ke rumah lain yang lebih selesa dan selamat.

Nor Salim Krishnan mengharapkan bantuan rumah agar keluarganya dapat hidup dengan selesa.

Tambahan pula katanya, keadaan jalan di situ tidak bertar dan jaraknya lebih kurang lima kilometer ke jalan utama.

"Kita sedang panjangkan kes permohonan bantuan rumah PPRT keluarga ini kepada pihak berkaitan dan harapnya ia dapat dipertimbangkan," katanya.