Pelajar, guru cedera disambar petir

Iklan
Sekumpulan 13 pelajar dan dua guru sebuah sekolah di Australia dimasukkan ke hospital selepas cedera akibat disambar petir. Foto 123RF

SYDNEY - Sekumpulan 13 pelajar dan dua guru sebuah sekolah di Australia dimasukkan ke hospital selepas cedera akibat disambar petir pada Selasa, lapor Agensi Berita Xinhua.

Kejadian berlaku kira-kira jam 1.30 petang ketika pelajar berusia antara 10 dan 12 tahun itu sedang bermain di padang.

Iklan
Iklan

Kesemua mangsa dihantar ke hospital berdekatan dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil, kata jurucakap Perkhidmatan Ambulans Queesland (QAS).

Pengetua Sekolah Leanne Ibell dalam satu kenyataan berkata, ketika kejadian pelajar sedang beredar dari padang dan cuaca tidak hujan ketika itu. -Bernama

Iklan
Iklan