KUALA LUMPUR - Polis menyerbu sebuah premis yang dipercayai menyediakan latihan untuk mempromosi judi dalam talian dan pelaburan saham di sebuah hotel di Jalan Changkat Thambi Dollah, dekat sini tengah malam tadi.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, empat lelaki warga China dan seorang wanita Vietnam berusia antara 21 hingga 33 tahun ditahan dalam serbuan di premis berkenaan kira-kira jam 12.01 tengah malam.