Kesediaan PKR bantu segerakan kerajaan baharu di Perak

Iklan
Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak

IPOH - Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan kesediaan parti itu untuk bekerjasama akan menyegerakan penubuhan sebuah kerajaan negeri yang berteraskan perpaduan di Perak.

Pengerusi PKR negeri, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berkata, kesediaan itu juga sejajar dengan titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah agar semua pemimpin politik mencari formula terbaik dalam menentukan pembentukan semula pentadbiran kerajaan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pada masa ini, sebarang usaha perdamaian antara parti adalah lebih penting agar kepentingan rakyat tidak terabai.

"Janganlah kita mengabaikan tanggungjawab sebagai pemimpin hanya kerana tidak bersefahaman. Apa yang jelas adalah kita bersedia memberikan sokongan kepada kerajaan yang mengutamakan semangat kesepakatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan

Beliau berkata, negara memerlukan pemahaman landskap politik baharu yang dapat menyatukan semua kaum secara muafakat terutama untuk mendepani cabaran pasca Covid-19.

Justeru katanya, semua parti politik perlu lebih matang dan mengambil sikap yang terbuka.

Iklan

"Seandainya kita semua bekerjasama maka wujudlah satu landskap politik yang baharu dan berteraskan perpaduan sejajar dengan titah baginda Sultan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kami sedia bekerjasama dengan UMNO: PH Perak

Anwar restu kerjasama PH-UMNO bentuk kerajaan Perak