Lelaki maut kereta rempuh pokok

Iklan
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu selepas kereta dipandunya melanggar sebatang pokok di Jalan Senai Utama, Kulai malam tadi.

KULAI - Seorang lelaki maut apabila kereta dipandunya terbabas dan melanggar sebatang pokok dị hadapan Hospital Kulai di Jalan Senai Utama, di sini malam tadi.

Dalam kejadian pada jam 10.56 malam, Abu Bakar Ahmad, 54, yang memandu kereta jenis Proton Saga hilang kawalan dan melanggar pokok yang berada di tepi jalan berkenaan.

Iklan
Iklan

Kemalangan mengakibatkan mangsa tersepit di tempat duduk pemandu sebelum orang awam menghubungi Pusat Gerakan Operasi (PGO) negeri Johor untuk bantuan.

Kemalangan mengakibatkan mangsa tersepit di tempat duduk pemandu.

Seramai sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Kulai dibantu satu jentera Fire Rescue Team (FRT) dikejarkan ke tempat kejadian.

Iklan

Komander Operasinya, Pegawai Bomba Kanan II Khidir Kamarudin berkata, mangsa dikeluarkan dengan menggunakan peralatan khas yang mengambil masa kira-kira satu jam.

"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang hadir di lokasi sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Iklan

"Operasi ditamatkan pada jam 11.50 malam," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.