Red Devils belum cukup bagus, tewas 2-3 kepada RB Leipzig

Iklan
Pemain United kelihatan sugul selepas perlawanan.

PENGENDALI Manchester United, Ole Gunnar Solksjaer menyifatkan skuad kendaliannya itu masih belum cukup bagus apabila tewas 2-3 kepada RB Leipzig di Red Bull Arena, dalam saingan Liga Juara-Juara awal pagi tadi.

Menurut Solksjaer kekalahan berkenaan sekali gus turut kekalahan berkenaan sekali gus menutup peluang skuad The Red Devils itu untuk mara lebih jauh dalam saingan Liga Juara-Juara, kelak.

Iklan
Iklan

Katanya, biarpun berjaya mempamerkan kebangkitan pada lewat perlawanan dan berjaya menjaringkan dua gol dua gol, namun ia tetap gagal untuk menghalang penyingkiran United daripada saingan Liga Juara-Juara kali ini.

"Sudah tentu anda tidak boleh melabel kami sebagai pasukan yang bagus, kerana dalam kumpulan ini kami menerima cabaran yang sukar dan kekalahan ‘terbesar’ kami kali ini adalah ketika tewas kepada 1-2 kepada Istanbul Basaksehir di Istanbul yang sekali gus menafikan hasrat kami untuk membawa pulang mata berharga ke Old Trafford.

Iklan

"Lagi pun, kami bermula agak lewat. Walau pun pemain kelihatan bersemangat untuk kembali bangkit; namun ia nyata berbeza dengan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di mana anda tidak boleh sewenang-wenangnya membiarkan pasukan anda ketinggalan tiga gol sebelum anda cuba bangkit kemudiannya.

"Kali ini, kami semakin hampir (untuk layak ke peringkat kalah mati), tetapi kami juga tidak tidak berjaya akhirnya,” katanya.

Iklan

Manchester United yang hanya mahukan keputusan seri pada perlawanan berkenaan, dikejutkan dengan aksi bertenaga RB Leipzig sejak wisel permulaan dan menyaksikan tuan rumah menjaringkan tiga gol menerusi Angelino seawal minit ke-2 sebelum Amadou Haidara menjaringkan gol kedua pada minit ke-13 sebelum Justin Kluivert meledak gol ketiga pada minit ke-69.

United kemudiannya dilihat cuba bangkit pada penghujung perlawanan dan hasilnya, Bruno Fernandes menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-80, sebelum pemain RB Leipzig, Ibrahima Konate menjaringkan gol sendiri pada minit ke-82.

Sementara itu enggan mengulas lanjut ketika ditanya mengenai masa depan pemain Perancis, Paul Pogba bersama Manchester United.

"Anda perlu bertanyakan hal ini kepada Pogba sendiri. Apakah dia gembira atau tidak dengan situasi ketika ini. Saya tidak akan bercakap bagi pihaknya,” katanya.