SUBANG JAYA -"Kami (bomba) lakukan apa sahaja untuk pastikan keselamatan orang ramai terjamin" demikian kata Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Mohamad Hamdan Wahid.
Katanya, pihaknya melaksanakan tugas dengan niat baik walaupun terpaksa mempertaruhkan nyawa sendiri.
"Jadi kita minta supaya niat baik ini tidak dianggap sebagai satu perkara yang boleh menyebabkan kita diserang.
"Sudah pasti kita harapkan semua pihak mengawal emosi dan tidak melakukan tindakan yang melanggar undang-undang," katanya dalam satu sidang media, hari ini.
Malam tadi anggota Balai Bomba Subang Jaya, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24 telah diserang perusuh ketika menjalankan operasi memadamkan kebakaran kereta di kawasan Kuil Seafield Sri Maha Mariamman.
Beliau kini dalam keadaan kritikal serta tidak sedarkan diri dan kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Suabng Jaya Medical Centre.
[ ARTIKEL BERKAITAN: Anggota bomba diserang dalam keadaan kritikal ]
[ ARTIKEL BERKAITAN: Muhammad Adib ditarik dari jentera ketika pasukan berundur ]
Mengulas lanjut, Mohamad Hamdan berkata, apa yang berlaku terhadap anggotanya amat mendukacitakan.
"Mungkin kalau berlaku kebakaran rumah melibatkan ahli keluarga perusuh ini, kitalah yang ambil tindakan," katanya.