Suri rumah rugi RM30,000 ditipu 'pegawai polis'

Iklan
Noorzainy Mohd Noor

BUTTERWORTH - Seorang suri rumah kerugian RM30,000 selepas diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai polis.

Mangsa berusia 66 tahun menerima panggilan telefon daripada individu yang mengaku dirinya sebagai pegawai polis dan memaklumkan anaknya telah ditangkap oleh pihak polis kerana kesalahan mengedar dadah.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, bagi membebaskan anaknya yang berusia 41 tahun itu pegawai polis terbabit meminta RM80,000 sebagai wang jaminan.

Menurutnya, tidak lama kemudian mangsa menerima panggilan daripada seorang individu yang menyamar sebagai anaknya merayu agar segera dibebaskan dan meminta dia membuat bayaran ke dalam akaun yang diberikan.

Iklan

"Mangsa yang mula panik dan tidak menyedari helah sindiket ini terus membuat pindahan wang sebanyak RM30,000 ke dalam akaun bank diberikan.

"Dia juga telah diugut agar tidak menceritakan hal ini kepada sesiapa, namun mangsa hanya sedar ditipu apabila dia memberitahu hal ini kepada keluarganya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Iklan

Noorzainy berkata, mangsa kemudiannya tampil membuat laporan dan kini polis masih menjalankan siasatan bagi memperoleh maklumat akaun individu terbabit.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda.

Dalam pada itu, Noorzainy menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan sindiket Macau Scam yang membuat panggilan dengan menyamar sebagai polis dan lain-lain agensi penguat kuasa.

"Jangan sesekali panik dan mengikut arahan yang diberikan oleh pemanggil yang tidak dikenali, sebaliknya hubungi pihak polis atau organisasi yang terlibat untuk sebarang pengesahan," katanya.