Trump usul RUU bantuan Covid-19 AS$916 bilion

Iklan
Donald Trump

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengusulkan rang undang-undang bantuan AS$916 bilion kepada Speaker Dewan Perwakilan Nancy Pelosi ketika pihaknya berusaha mencapai kesepakatan mengenai pakej membendung kesan ekonomi ditimbulkan pandemik Covid-19, kata setiausaha perbendaharaan pada Selasa.

Steven Mnuchin dalam satu kenyataan di Twitter berkata, pakej itu merangkumi pembiayaan untuk kerajaan negeri dan tempatan serta perlindungan liabiliti yang kukuh untuk perniagaan, sekolah dan universiti.

Iklan
Iklan

"Saya berharap dapat mencapai perjanjian dua pihak supaya bantuan ekonomi kritikal dapat disalurkan kepada pekerja, keluarga dan perniagaan Amerika," katanya.

Sebahagian dana itu akan diterima daripada pakej Covid-19 bernilai AS$140 juta sebelum ini, yang tidak digunakan, serta wang perbendaharaan berjumlah AS$429, kata Mnuchin.

Iklan

Pakej ini telah disemak oleh Ketua Staf Mark Meadows, pemimpin Majoriti Senat Mitch McConnell dan Ketua Minoriti Dewan Kevin McCarthy.

Maklumat terperinci pakej masih belum diperoleh.

Iklan

Awal Selasa, Pelosi membidas McConnell kerana mendakwa usul ketua Senat Republikan itu sebagai 'menggerunkan' dan mencadangkan kepada ahli Kongres supaya mengecilkan pakej bantuan Covid-19 itu meskipun kedua-dua ahli dewan dan parti sudah mencapai kemajuan dalam rundingan.

"Rundingan membabitkan Senator dan Ahli Kongres mencapai kemajuan dan mesti dibenarkan untuk diteruskan, mengetepikan bantahan McConnell," kata Pelosi dalam kenyataan yang dikeluarkan sejurus perbincangan dengan Mnuchin.

Pelosi belum membuat kenyataan terbuka selepas Mnuchin mengeluarkan kenyataannya.

Kongres bergelut dengan kekangan masa untuk meluluskan rang undang-undang pakej rangsangan serta rang undang-undang perbekalan lain sebelum Kongres mula bercuti untuk musim sejuk pada 10 Disember. - Bernama