Sanusi minta pemimpin politik jangan sibuk isu Kedah

Iklan
Muhammad Sanusi

ALOR SETAR - Pemimpin politik diminta menjaga hal ehwal di kawasan masing-masing berbanding memberi tumpuan kepada perkara lain seperti isu perobohan Kuil Muniswarar di Kuala Kedah baru-baru ini.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, tindakan dan sikap beberapa pemimpin daripada MIC dan DAP termasuk Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang mendesaknya meletakkan jawatan seperti 'beruk yang cuba berlawan dengan kilat'.

Iklan
Iklan

Menurutnya, tindakan pemimpin tersebut disifatkan sebagai tidak memberikan faedah, sebaliknya perlu untuk fokus di kawasan dan negeri masing-masing.

"Sikap mereka ini lebih kurang seperti beruk yang cuba berlawan dengan lintar tu. Bukan saya kata dia beruk, tapi sikap tu. Kita tidak kacau dia pun.

Iklan

"Perumpamaannya seperti lintar kilat dan guruh bunyi, sebab hujan bukan kilat nak panah dia. Dia nak lawan (dengan kilat) sebab apa, tidak ada faedah. (Seharusnya) jaga hal dia sudah lah," katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Exco Kedah di Wisma Darul Aman hari ini.

Muhammad Sanusi berkata demikian ketika diminta mengulas desakan Kit Siang yang dilaporkan portal hari ini mendesak beliau meletak jawatan kerana didakwa tidak mampu memikul jawatan sebagai Menteri Besar susulan kenyataan berbaur rasis yang dikeluarkannya berhubung isu kuil di Kuala Kedah.

Iklan

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu juga mempersoalkan kepimpinan Pas pusat yang dilihat mengambil pendekatan berdiam diri berhubung tindak tanduk dan kenyataan yang dikeluarkan Muhammad Sanusi.