Roti john di lampu isyarat laris kerana senyuman

Iklan
Tidak lokek dengan senyuman antara menarik minat pengguna jalan raya membeli roti john yang dijual Noor Azli di lampu isyarat Cherang, Kota Bharu.

KOTA BHARU - Penampilan kemas dengan memakai kemeja bergosok dan sentiasa murah dengan senyuman antara tarikan yang melariskan jualan roti john dijaja seorang bapa kepada tujuh anak di lampu isyarat Cherang di sini.

Bahkan peniaga berkenaan, Noor Azli Omar, 47, gigih berulang-alik lebih 30 kali sehari di celahan deretan kenderaan yang berhenti sepanjang 300 meter ketika lampu isyarat merah di persimpangan tersebut.

Iklan
Iklan

Menurut Noor Azli, dia sudah biasa berpakaian sedemikian sejak usia muda dan masih mengekalkannya walaupun terpaksa menahan bahang panas matahari ketika menjaja roti john berkenaan.

Noor Azli

"Saya selesa pakai kemeja. Anak dan isteri membantu gosok baju saya untuk dipakai ketika keluar berniaga.

Iklan

"Saya jual roti john berinti daging dan ayam berharga RM5 yang dijaja bergilir-gilir di lampu isyarat antara Cherang dan persimpangan Jalan Bayam,” katanya ketika ditemui Sinar Harian hari ini.

Menurutnya, cara penampilan kemas dan bersih itu juga dilakukan untuk menarik pembeli agar berasa selesa dan tertarik untuk membeli roti john yang dijualnya bagi menyara anak-anak berusia lapan hingga 20 tahun.

Iklan

"Saya buat sendiri sebanyak 100 roti di rumah setiap hari dan menjualnya secara menjaja di lampu isyarat bermula jam 2 petang hingga 7 malam setiap hari sejak lapan bulan lalu.

"Selain kemas, saya juga amalkan sedekah senyum kepada pelanggan walaupun ketika memakai penutup mulut dan hidung kerana keikhlasan tetap dapat dilihat melalui mata kita,” katanya.

Noor Azli menjaja roti john di lampu isyarat Cherang, Kota Bharu hari ini.