Ahmad Faizal ucap tahniah kepada Saarani

Iklan
Ucapan tahniah daripada Ahmad Faizal menerusi akaun Facebook beliau hari ini.

IPOH - Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengucapkan tahniah kepada Datuk Saarani Mohamad atas pelantikan sebagai Menteri Besar Perak yang baharu.

"Setinggi-tinggi tahniah Yang Berhormat Datuk Saarani Mohamad, Ahli Dewan Negeri Kota Tampan di atas pelantikan sebagai Menteri Besar Perak Darul Ridzuan yang ke-14,” tulis Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang itu dalam catatan Facebook beliau hari ini.

Iklan
Iklan

Saarani, 59, yang juga Pengerusi UMNO Perak akan mengangkat sumpah Menteri Besar Perak di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar esok.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sudah memberi perkenan kepada ADUN Kota Tampan itu setelah memperoleh kepercayaan sebahagian besar daripada ahli Dewan Negeri.

Iklan
Iklan

Pelantikan Saarani itu menamatkan kemelut politik di negeri ini selepas Ahmad Faizal hilang sokongan majoriti sebagai Menteri Besar menerusi usul undi percaya semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada Jumaat lepas.