Banjir di Kelantan pulih

Iklan
Keadaan banjir di Kelantan pulih sepenuhnya selepas satu-satunya pusat pemindahan sementara dibuka di Pasir Mas sejak Jumaat lepas, ditutup kira-kira jam 12 tengah hari tadi. Gambar hiasan 123RF

KOTA BHARU - Keadaan banjir di Kelantan pulih sepenuhnya selepas satu-satunya pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di Pasir Mas sejak Jumaat lepas, ditutup kira-kira jam 12 tengah hari tadi.

Pegawai Kebajikan Masyarakat Jajahan Pasir Mas, Azizan Aziz berkata, ia berikutan keadaan cuaca yang bertambah baik dan tiada hujan sejak beberapa hari lepas.

Iklan
Iklan

"Kesemua 30 mangsa banjir terakhir yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh telah dibenarkan pulang.

"Alhamdulillah, keadaan cuaca semakin bertambah baik selain paras air di kediaman mereka yang terlibat juga sudah surut. Kesemua mereka selamat pulang ke rumah masing-masing,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Iklan

PPS SK Tok Deh yang dibuka pada Jumaat lepas menempatkan 37 mangsa daripada lapan keluarga.

Sementara itu, mengikut laporan infobanjir.water.gov.my, setakat jam 5 petang ini, keadaan Sungai Golok di Rantau Panjang menurun menghampiri paras normal pada bacaan 6.85 meter dengan paras normal 5m.

Iklan

Keadaan cuaca di Kelantan secara keseluruhan cerah sejak tiga hari lepas tanpa hujan. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Buruh lemas ketika cuba redah banjir

Nisan tercabut, belindan pecah 'dibadai' arus

Banjir: Dua warga emas kudung didukung bomba

Yadim Kelantan bersih rumah mangsa banjir