KUALA LUMPUR - Bekalan air di kesemua 861 kawasan di Selangor membabitkan tujuh wilayah di Lembah Klang yang mengalami gangguan sejak Selasa, pulih sepenuhnya pada jam 3 pagi tadi.
Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elina Baseri berkata, pemulihan itu melibatkan pengguna di Wilayah Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor.
Iklan
Iklan
"Air Selangor ingin mengucapkan terima kasih kepada pengguna atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan kepada petugas barisan hadapan Air Selangor di kesemua wilayah yang terjejas,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Gangguan bekalan air itu berlaku disebabkan pencemaran air mentah yang dikesan di Sungai Selangor, menyebabkan operasi Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang serta LRA Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3 dihenti tugas pada 8 Disember lalu. - Bernama
ARTIKEL BERKAITAN: Kolam ternak keli punca sungai tercemar