Kek buat jiran Cina: Netizen puji Mufti Wilayah

Iklan
Beberapa keping gambar yang dimuat naik Zulkifli ketika menyampaikan kek kepada jiran bukan Islam mendapat pujian netizen.

SHAH ALAM - Beberapa keping gambar yang dimuat naik Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad ketika menyampaikan kek kepada kepada jiran-jiran bukan Islam sempena Tahun Baharu Cina di Facebooknya mendapat perhatian netizen.

Dalam hantarannya, Zulkifli berkata, hidup beragama sebenarnya indah dan mudah jika memahami kehendak agama serta batasannya.

Iklan
Iklan

"Islam meraikan kepelbagaian agama dan kepelbagaian bangsa. Betapa sejarah kehidupan Rasulullah SAW sendiri membuktikan bahawa tembok bangsa dan agama boleh diketepikan dengan akhlak dan kesantunan.

"Hari ini (semalan) saya meraikan jiran-jiran saya yang berbangsa Cina dengan kek sempena Tahun Baharu Cina. Mungkin ini hanya hadiah tahunan yang kecil, namun saya amat berharap ia mampu menyumbang sesuatu kepada keharmonian rakyat Malaysia berbilang bangsa," tulisnya.

Iklan

Beliau turut mengajak semua rakyat di negara ini supaya kembali kepada asas hakiki sebenar manusia iaitu sebagai keluarga besar dari Nabi Adam dan Hawa.

"Zahirkan keindahan Islam, sebarkan semangat perpaduan," katanya.

Iklan

Hantaran tersebut mendapat pelbagai reaksi pengguna Facebook, antaranya Nazim Idris yang menyatakan apa yang dilakukan oleh Zulkifli adalah adab Rasulullah SAW yang tidak pernah sentap dan marah walaupun menerima provokasi.

"Baginda Rasulullah terus tunjukkan amal baik, sopan santun dan mesra rakyat sehingga akhirnya ramai yang malu lalu masuk Islam serta mencintai agama ini.

"Itu perkara yang perlu kita teladani. Semoga kita semua dapat mencontohi dan beramal dengan sunah akhlak Rasulullah," katanya.