Kolaboratif menerusi medium dalam talian

Iklan
Antara peserta yang mengikuti Connecting KDTI UPM-Kolej Cempaka Unimas selama tiga hari dengan menggunakan platform dalam talian pada 18 November lalu.

SERDANG - Pandemik Covid-19 yang melanda negara pada masa kini tidak menghalang penganjuran program Connecting Kolej Tun Dr Ismail (KDTI) Universiti Putra Malaysia (UPM)-Kolej Cempaka Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) yang dilaksanakan dengan menggunakan platform dalam talian pada 18 November lalu.

Pengarah program, Radhi Amir berkata, pihaknya mengambil pendekatan meneruskan pelaksanaan program secara dalam talian bagi memastikan pembangunan sahsiah dan perkongsian idea bersama pelajar Unimas dapat diteruskan.

Iklan
Iklan

"Program yang dirancang sejak Oktober lalu ini bertujuan memperkukuhkan hubungan serumpun dan diplomatik di antara dua IPTA ini bagi menggalakkan pertukaran idea di peringkat kebangsaan melalui pendekatan normal baharu,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut Radhi berkata, walaupun kaedah penganjuran program itu berubah, namun pelaksanaannya mencapai matlamat asal dalam memperkasa elemen sosiobudaya antara penuntut di dua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) tersebut.

Iklan

Menurutnya, seramai 80 peserta melibatkan wakil dari KTDI dan jawatankuasa perwakilan Kolej Cempaka Unimas telah melibatkan diri dalam program tersebut.

"Seperti kelaziman, aktiviti pelajar pada hari pertama dimulakan dengan sesi pengenalan antara kolej dan memberi fokus kepada pembentangan takwim program tahunan serta kejayaan kedua-dua kolej untuk tujuan penambahbaikan pada masa hadapan,” katanya.

Iklan

Katanya, majlis penutup program itu turut dilaksanakan secara dalam talian dengan penglibatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPM, Profesor Dr Arifin Abdu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Unimas, Profesor Dr Kamarudin Kana dan beberapa pihak lain.