Kes denggi di Melaka membimbangkan

Iklan
Kes denggi di Melaka meningkat sebanyak 2,720 kes bagi tempoh 1 Januari hingga 5 Disember tahun ini berbanding 2,017 kes tempoh sama tahun lalu. - Foto 123RF

MELAKA - Kes denggi di Melaka meningkat sebanyak 34.85 peratus atau 2,720 kes bagi tempoh 1 Januari hingga 5 Disember tahun ini berbanding 2,017 kes dalam tempoh sama tahun lalu.

Exco Kesihatan dan Antidadah, Datuk Rahmad Mariman berkata, berdasarkan data terkini situasi denggi di negeri itu disifatkan amat membimbangkan memandangkan hampir 20 tahun wabak ini berada dalam komunti masyarakat dan belum dapat ditangani.

Iklan
Iklan

Menurutnya, dalam tempoh itu juga sebanyak lapan kes denggi telah direkodkan termasuk empat kes di Daerah Melaka Tengah, dua kes masing-masing di daerah Jasin dan Alor Gajah selain minggu ini turut mencatatkan peningkatan 16 kes denggi.

"Empat kes kematian berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek, DUN Kota Laksmana dan DUN Telok Mas, manakala Jasin (DUN Bemban dan DUN Serkam), daerah Alor Gajah (DUN Durian Tunggal dan DUN Tanjung Bidara).

Iklan

"DUN Bukit Katil mencatatkan kes tertinggi sebanyak 305 kes, diikuti DUN Ayer Keroh 207 kes dan Paya Rumput 232 kes," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Tey Kok Kiew (DAP-Banda Hilir) berkaitan jumlah kes denggi yang berlaku di negeri ini pada Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga DUN Melaka Ke-14, di Seri Negeri, Ayer Keroh hari ini.

Iklan

Mengulas lanjut Rahmad berkata, pelbagai kaedah dan usaha dilakukan kerajaan negeri bagi menangani penularan kes denggi termasuk kajian kawalan teknologi pencegahan denggi yang menggunakan sinaran gamma untuk memandulkan nyamuk jantan aedes telah dilakukan dan lokasi awal kajian adalah di Pangsapuri Kota Laksamana.

"Pangsapuri Kota Laksamana adalah lokasi awal kajian yang melepaskan nyamuk mandul itu dan sehingga ini tiada kes demam denggi dilaporkan dalam kawasan lokaliti kajian itu," katanya.

Dalam pada itu Rahmad berkata, sebanyak 43 kes chikungunya dilaporkan di negeri ini dengan 39 kes di daerah Melaka Tengah dan masing-masing dua kes di daerah Jasin dan Alor Gajah.

Sementara itu, belum ada kes virus zika dilaporkan setakat ini.

ARTIKEL BERKAITAN: 2,562 kes demam denggi, lapan kematian di Melaka