Temui ajal ketika main futsal

Iklan
Seorang lelaki meninggal dunia ketika bermain futsal di Gelanggang Futsal Dewan Sri Bernam Sungai Besar malam tadi. (Gambar hiasan) - Foto 123RF

SABAK BERNAM - Seorang lelaki maut ketika bermain futsal di Gelanggang Futsal Dewan Sri Bernam Sungai Besar di sini malam tadi.

Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, mangsa yang berusia 20 tahun tiba-tiba rebah dan pengsan di tepi tiang gol.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, polis menerima maklumat kejadian itu selepas dihubungi abang mangsa kira-kira jam 10 malam.

Menurutnya, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam menaiki ambulans, namun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan.

Iklan

"Siasatan awal polis mendapati mangsa yang bermain futsal bersama rakan-rakannya tiba-tiba rebah di tepi tiang gol.

"Rakan-rakan segera menghampirinya dan mendapati mangsa sudah tidak sedarkan diri," katanya.

Iklan

Katanya, jenazah mangsa dibawa ke HTAJ Sabak Bernam untuk proses bedah siasat.