Da’i Syed tak mengaku cabul, seks luar tabii terhadap penuntut kolej swasta

Iklan
Tertuduh dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya hari ini atas pertuduhan melakukan seks luar tabii dan mencabul seorang penuntut kolej swasta, Oktober lalu.

PETALING JAYA - Pendakwah selebriti mengaku tidak bersalah di dua mahkamah berasingan di sini hari ini, atas pertuduhan melakukan seks luar tabii dan mencabul seorang penuntut kolej swasta Oktober lalu.

Di Mahkamah Sesyen di hadapan Hakim Faiz Dziyauddin, tertuduh, Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, 25, yang hadir di mahkamah dengan memakai baju T bewarna turquoise, didakwa melakukan persetubuhan luar tabii terhadap kenalannya, seorang wanita berusia 22 tahun.

Iklan
Iklan

Kejadian didakwa dilakukan di sebuah rumah sewa tertuduh di Damansara Perdana di sini, pada jam 3 hingga 4 pagi, 17 Oktober lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Iklan

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, P Vitiya Monisha mencadangkan tertuduh tidak diberi ikat jamin kerana pertuduhan yang dibuat merupakan kesalahan yang tidak boleh dijamin.

"Mengambil kira kesalahan yang dituduh adalah serius, malah tertuduh juga mempunyai beberapa kes lain yang masih disiasat dan mungkin akan dituduh di mahkamah.

Iklan

"Pihak pendakwaan bimbang dengan risiko gangguan terhadap mangsa kerana mereka saling mengenali antara satu sama lain,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pendakwah selebriti direman lagi lima hari bantu siasatan kes rogol

Bagaimanapun, jika mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin, Vitiya Monisha mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM100,000 dengan seorang penjamin, menyerahkan pasport kepada mahkamah dan dilarang mengganggu mangsa sehingga kes selesai.

Bagaimanapun, peguam, Syed Amirul Syed Edros yang mewakili tertuduh merayu agar anak guamnya diberi ikat jamin.

Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Faiz membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin dan diperintah untuk mematuhi syarat tambahan yang dinyatakan oleh pihak pendakwaan.

Sementara di Mahkamah Majistret, pemuda itu yang juga peserta program realiti agama dituduh atas pertuduhan melakukan kekerasan jenayah terhadap mangsa sama dengan maksud untuk mencabul kehormatannya di lokasi, waktu dan tarikh sama.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Zamriah Zarifah Aris yang mengendalikan kes itu mencadangkan tertuduh tidak diberi ikat jamin dengan alasan keseriusan pertuduhan yang dibuat.

"Status tertuduh sebagai seorang da’i, bukan alasan untuk dia diberi jaminan,” katanya.

Bagaimanapun, Syed Amirul merayu agar anak guamnya diberi ikat jamin kerana dia menanggung ibu selepas ditinggalkan bapa, sejak 2017 lalu.

"Akibat penularan Covid-19 ini juga, anak guam saya tidak memperoleh pendapatan baharu,” katanya.

Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Majistret Mohamad Ikhwan Mohd Nasir membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan dilarang mengganggu mangsa.

Kedua-dua mahkamah menetapkan 19 Februari tahun depan untuk serahan dokumen.

Pada 27 November lalu, media melaporkan seorang pendakwah selebriti berusia 25 tahun direman bagi membantu siasatan kes salah laku seks.

Tempoh tahanan reman di Mahkamah Shah Alam dan Petaling Jaya, dilanjutkan sebanyak dua kali bagi membantu siasatan.

Suspek ditahan kira-kira jam 11 malam pada 26 September lalu selepas tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Shah Alam.

Sehingga Rabu, terdapat sembilan laporan polis dibuat di Shah Alam dan Petaling Jaya terhadap pendakwah selebriti berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua laporan kes seksual, pendakwah selebriti ditahan lagi

Polis jangka lebih ramai mangsa pendakwah selebriti tampil