Peruntukan Belanjawan 2021 KSM lulus mudah

Iklan
RUU Perbekalan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Sumber Manusia (KSM) diluluskan di Dewan Rakyat hari ini. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Sumber Manusia (KSM) diluluskan di Dewan Rakyat pada Khamis.

Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun berkata, RUU itu dipersetuji dengan undi suara majoriti yang bersetuju ia diluluskan tanpa sebarang bantahan.

Iklan
Iklan

RUU itu juga diluluskan tanpa melalui undi belah bahagi.

Sesi penggulungan RUU berkenaan dibuat oleh Datuk Seri M Saravanan dan ia merupakan peruntukan kementerian ke-21 yang diluluskan di Dewan Rakyat.

Iklan

Ketika pengumuman Belanjawan 2021, KSM diperuntukkan sejumlah RM823,755,800.

Iklan