Belanjawan Perak tidak akan dipinda: Saarani

Iklan
Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad (tengah) melambai tangan ketika hadir pada sidang media sulungnya, sebaik selesai Istiadat Mengangkat Sumpah sebagai Menteri Besar di Istana Iskandariah, hari ini. - Foto Bernama

KUALA KANGSAR - Kandungan Belanjawan Perak 2021 yang disediakan pentadbiran kerajaan sebelum ini tidak akan dipinda.

Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, semua kandungan belanjawan itu telahpun dibincangkan secara bersama barisan Exco yang sebahagiannya masih kekal dalam pentadbiran negeri termasuk beliau.

Iklan
Iklan

"Saya tidak fikir kita ada masa untuk meneliti atau mengubah apa-apa isi kandungan dalam buku belanjawan yang telah pun dirangka.

"Saya sendiri selaku Exco sebelum ini faham dan tahu apa yang terkandung dalam buku itu, bermakna kita tidak akan mengubah apa-apa.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Lima ADUN Perak diperkenan angkat sumpah Exco

Saarani janji ubati luka

Iklan

"Hanya secara formaliti sahaja, kita akan meluluskannya di peringkat Exco untuk dibawa dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN)," katanya kepada pemberita selepas mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak ke-14 di sini hari ini.

Beliau berkata, barisan pentadbiran kerajaan negeri perlu memastikan belanjawan negeri dibentangkan dengan kadar segera.

Katanya, langkah itu bukan sahaja mampu memulih dan memacu enjin ekonomi negeri, tetapi membantu rakyat yang terkesan mencari jalan keluar membina semula kehidupan.

"Saya menginsafi bahawa amanah ini perlu dipikul dengan penuh rasa tanggungjawab untuk memastikan kerajaan ini ditadbir secara berhemah, adil lagi saksama kepada setiap lapisan rakyat," katanya.

Terdahulu, Belanjawan Perak 2021 yang sepatutnya dibentang pada 4 Disember lalu tidak dapat diteruskan selepas usul undi percaya terhadap Menteri Besar menyaksikan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hilang sokongan majoriti Ahli Dewan Negeri.