'Pulau Pinang tidak akan bayar RM50 juta kepada Kedah'

Iklan
Chow Kon Yeow

GEORGETOWN - Pulau Pinang tidak akan tunduk dengan kerajaan negeri Kedah yang menuntut Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) membayar sebanyak RM50 juta setahun bagi caj air mentah di kawasan Ulu Muda.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, kerajaan negeri Pulau Pinang bertegas dengan pendirian itu sejajar dengan hak antarabangsa dalam menggunakan air sungai khususnya ia dari bahagian sempadan negeri ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, apa yang dituntut oleh Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor itu tidak berasas dan beliau mungkin tidak mengetahui mengenai hak dan undang-undang antarabangsa.

"Sebelum ini PBAPP menerima surat daripada Syarikat Penguasa Air Negeri Kedah mengenai tuntutan itu. Kita telah balas dengan menyatakan yang kita tidak akan bayar seperti apa yang diminta.

Iklan

"Kita guna air dari Sungai Muda di bahagian Pulau Pinang dan ia sejajar dengan hak antarabangsa mengenai air dan undang-undang negara,” katanya pada sidang akhbar di sini pejabatnya di Komtar di sini hari ini.

Semalam, Sinar Harian melaporkan bahawa PBAPP dituntut membayar RM50 juta setahun kepada kerajaan negeri Kedah bagi caj air mentah dari negeri ini sebelum mengeluarkan sebarang maklum balas berhubung bekalan air di Kawasan Ulu Muda.

Iklan

Muhammad Sanusi sebelum ini berkata, perbadanan tersebut berjaya menjana keuntungan hasil air mentah yang mengalir dari kawasan negeri ini untuk digunakan di kawasan industri dan sektor

Sementara itu, Kon Yeow berkata, tuntutan itu sepatutnya dibuat kepada kerajaan Pusat khususnya berkaitan soal pampasan.

Beliau berkata, Pulau Pinang meminta supaya kerajaan negeri Kedah menuntut pampasan daripada kerajaan Pusat kerana menggazetkan Hutan Simpan Kekal Ulu Muda sebagai kawasan tadahan air, sekali gus tidak membenarkan sebarang aktiviti pembalakan di kawasan tersebut.

Menurutnya, keputusan kerajaan negeri Kedah menggazetkan hutan itu dapat memastikan tiga negeri di wilayah utara iaitu Pulau Pinang, Kedah dan Perlis mendapat bekalan air.

"Perkara ini sepatutnya dibincangkan di peringkat Persekutuan khususnya melibatkan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) serta Majlis Air Negara.

"Saya telah bangkitkan isu ini dalam pertemuan dengan Menteri Alam Sekitar dan Air (Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man) pada Oktober lalu, selain isu bekalan air dari Perak ke Pulau Pinang dan sepatutnya inilah platform yang sewajarnya digunakan untuk menangani isu-isu melibatkan negeri-negeri,” katanya.