Hasil produk makanan terbaik untuk pasaran

Iklan
Pemenang pingat emas bergambar kenangan bersama pengurusan KKS.

SIK - Sebanyak 14 produk makanan baru berinovasi tinggi dipertandingkan dalam Hari Inovasi dan Keusahawanan Kolej Komuniti Sik (KKS) 2019, baru-baru ini.

Program itu melibatkan 53 orang pelajar semester 2 dan 3 bersama seorang pensyarah pembimbing bagi setiap kumpulan.

Iklan
Iklan

Wakil ketua kumpulan pemenang pingat emas, Lufti Abdull Wahab berkata, kumpulannya berjaya mencipta produk yang menarik perhatian juri.

"Kami berjaya menghasilkan saucelicious iaitu serbuk sos pencicah yang belum ada di pasaran.

Iklan

"Pengguna hanya perlu membancuh dengan air untuk dijadikan sos pencicah kepada ayam goreng, nuget dan sebagainya. Ia mesra pengguna terutamanya kepada mahasiswa dan pelancong," katanya.

Sementara itu Pengarah KKS, Mejar Bersekutu (PA) Khairul Anuar Aziz berkata, program seperti ini merupakan acara tahunan yang bertujuan menghasilkan graduan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang berkualiti.

Iklan

"Tiga produk yang memenangi pingat emas layak dibawa ke peringkat seterusnya iaitu ke Pertandingan Icompex 2019 peringkat kebangsaan yang bakal berlangsung di Polimas pada Mac depan," katanya.

Daripada 14 produk, 3 produk telah memenangi pingat emas, 8 memenangi pingat perak manakala 3 produk mendapat pingat gangsa.

Pingat emas dimenangi oleh kumpulan Ahmad Lutfi Abdull Wahab, Muhammad Izzat Mahamud, Mohammad Ariff Mahamad dan Abdul Mu’iz Abdul Hamid di bawah bimbingan Rahanita Abd Rahman.

Manakala pingat perak dimenangi kumpulan dibimbing Huraiza Ramli iaitu produk Peyek Hipster dan kumpulan bimbingan Nor Syazwani Shaari yang menghasilkan produk lekor premix meraih gangsa.