YouTuber terkenal didakwa mencabul serah diri

Iklan

KOTA BHARU - Seorang YouTuber terkenal hari ini tampil menyerahkan diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu bagi membantu siasatan berhubung aduan dibuat terhadapnya atas dakwaan mencabul.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, lelaki berusia 22 tahun itu menyerah diri pada jam 10.30 pagi tadi.

Iklan
Iklan

"Terdahulu pada Jumaat lalu, seorang wanita berusia 24 tahun hadir ke balai polis untuk membuat laporan mendakwa dirinya telah dicabul oleh suspek," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Abdul Rahim berkata, kejadian itu berlaku di sebuah inap desa di Kubang Kerian di sini sejurus tamat penggambaran drama oleh YouTuber berkenaan pada 1 Ogos lalu.

Iklan

Menurutnya, siasatan awal mendapati, mangsa telah dihubungi oleh rakan dan menawarkannya untuk berlakon sebuah drama untuk dimuat naik dalam YouTube terbitan suspek.

Katanya, mangsa kemudian telah diperkenalkan kepada suspek dan kemudian ditawarkan berlakon dalam drama berkenaan.

Iklan

"Selepas selesai penggambaran itu, mangsa diajak oleh suspek untuk tidur di sebuah inap desa dengan alasan masih terdapat sesi penggambaran pada keesokan hari.

"Semasa mangsa berseorangan dalam bilik iaitu tempat kejadian, suspek didakwa masuk ke dalam bilik dan mencium, memeluk serta meraba mangsa selain didakwa melakukan onani," katanya.

Abdul Rahim berkata, permohonan reman ke atas suspek akan dibuat esok dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.