Selangor catat kes baharu Covid-19 tertinggi hari ini

Iklan
Selangor mencatatkan kes baharu Covid-19 sebanyak 1,428 kes, sekali gus menjadikannya sebagai kes baharu tertinggi hari ini.

SHAH ALAM - Selangor mencatatkan kes baharu Covid-19 tertinggi hari ini iaitu sebanyak 1,428 kes, sekali gus menjadikannya sebagai kes baharu tertinggi di negara untuk hari ini.

Selangor Task Force Covid-19 menerusi kenyataan memaklumkan jumlah kes pada hari ini berpunca daripada kluster sedia ada dan beberapa kluster baharu.

Iklan
Iklan

"Punca kes baharu pada hari ini adalah 1,200 kes melibatkan kluster sedia ada, 39 kluster baharu iaitu Tapak Bina Jalan Bukit, 92 saringan kontak rapat dan 97 lain-lain saringan Covid-19.

"Jumlah kes baharu di Selangor sebanyak 1,428 kes ini menjadikan negeri ini mencatatkan sebanyak 18,960 jumlah keseluruhan kes setakat ini yang mana melibatkan keseluruhannya adalah jangkitan tempatan," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Lagi kes baharu tertinggi direkodkan

Terdahulu, hari ini negara merekodkan kes baharu tertinggi iaitu 2,234 kes positif Covid-19.

Iklan

Sebelum ini, kes baharu tertinggi pernah direkodkan pada 24 November lalu iaitu 2,188 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 ialah sebanyak 78,499 kes.

"Kes aktif iaitu pesakit yang sedang dirawat juga turut meningkat kepada 11,867 kes," katanya.

Menurutnya, daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat lima kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

"Kes jangkitan dalam negara pula ialah sebanyak 2,229 kes," katanya.