Armada ajak Pemuda Pas sertai Bersatu

Iklan
Asran Alias

KOTA BHARU - Susulan kes Pas menarik balik tuntutan saman terhadap Sarawak Report, Armada Bersatu mengajak Pemuda Pas menyertai parti itu.

Ketua Armada Bersatu Negeri Kelantan, Asran Alias berkata, ini berikutan Pas terbukti tidak mampu lagi membawa imej bersih setelah parti itu gagal menafikan di mahkamah penulisan asal Sarawak Report.

Iklan
Iklan

"Perjuangan yang dibawa oleh Armada jelas menunjukkan membantu agama, bangsa dan negara.

"Ayuh Pemuda Pas, kita bersama Armada Bersatu bagi membangunkan negeri ini yang dilihat sudah tepu idea oleh beberapa pimpinan Pas peringkat Dun," katanya dalam kenyataan hari ini.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Hadi, Sarawak Report selesai kes saman luar mahkamah

Sebelum ini, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memutuskan untuk memuktamadkan penyelesaian di luar mahkamah dalam kes saman beliau terhadap Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.

Iklan

Setiausaha Politik Presiden Pas, Syahir Sulaiman berkata, ketetapan itu dibuat melalui Perintah Persetujuan bertarikh 1 Februari 2019 di Mahkamah Tinggi London (High Court of Justice, Queen’s Bench Division).

Menurutnya, Abdul Hadi membuat keputusan menarik balik tuntutan kepada Clare dan editor tersebut juga menarik balik Tuntutan Balas terhadap Ahli Parlimen Marang itu.

Dalam pada itu, Asran berkata, Armada Kelantan telah membuat satu laporan polis mengenai satu rakaman audio yang jelas membicarakan hubungan pimpinan Pas dan Umno berkait soal pembahagian wang dan campur tangan asing.