Jaga jarak sosial masing-masing, jangan sondol orang di depan

Iklan

MERAK Jalanan rasa semua orang sedia maklum dengan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan untuk memutuskan rangkaian Covid-19 bagi mengelak angka jangkitannya berlipat kali ganda.

Salah satunya adalah melakukan penjarakan fizikal dalam parameter satu meter apabila berdepan dengan kelompok komuniti, selain duduk di rumah dan kurangkan pergerakan dari satu tempat ke satu tempat lain.

Iklan
Iklan

Namun, SOP tersebut nampaknya seperti tidak dihiraukan apabila masih terdapat lagi segelintir rakyat Malaysia yang tidak menjaga jarak fizikal. Situasi tersebut boleh dilihat dengan jelas di kedai, restoran dan bank terutama ketika membuat bayaran.

Merak Jalanan kadang-kadang rasa sakit hati apabila berdepan dengan situasi begitu. Lebih-lebih lagi apabila orang di belakang tidak menjaga jarak ditetapkan. Kedudukannya begitu rapat, seolah-olah mahu ‘menyondol’ punggung orang di depan.

Iklan

Selain menimbulkan rasa tidak selesa, keadaan itu juga boleh menggagalkan usaha untuk memutuskan rantaian Covid-19 yang semakin merisaukan jumlah jangkitannya.

Hairan, apa agaknya yang membuatkan mereka itu beratur begitu rapat.Nak kata cari helah memotong barisan, Merak Jalanan lihat masih juga berada di kedudukan sama.

Iklan

Mungkin mereka takut terlepas giliran atau bimbang berdiri keseorangan agaknya.

Entahlah, kadang-kadang Merak Jalanan rasa macam nak ‘siku’ sahaja mereka yang mengekor rapat itu. Mujur, meter kesabaran Merak Jalanan sentiasa berada di takuk paling tinggi.

Kalau tidak sudah tentu tular video wartawan ‘menyiku’ orang awam!

Mungkin apa yang Merak Jalanan kongsikan cuma masalah remeh. Namun, sedar atau tidak ia mencerminkan sikap sebenar kita apabila berada di khalayak iaitu tidak ikut peraturan dan sengaja menimbulkan rasa tidak selesa kepada orang lain!