Saarani mulakan tugas MB Perak

Iklan
Saarani memulakan tugas rasmi sebagai Menteri Besar Perak yang baharu pagi ini.

IPOH - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan, Datuk Saarani Mohamad memulakan tugas sebagai Menteri Besar Perak yang baharu di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini hari ini.

Beliau yang berpakaian baju Melayu berwarna hijau tiba pejabatnya jam 9 pagi dengan mengimbas kad perakam waktu sebelum masuk ke biliknya.

Iklan
Iklan

Terdahulu, ketibaannya di Bangunan Perak Darul Ridzuan disambut Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim; Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, Azmir Shah Zainal Abidin dan Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Zulazlan Abu Hassan.

Beliau turut memberikan upacara ringkas dimulakan dengan bacaan doa diikuti dengan sesi bergambar bersama ketua-ketua jabatan negeri.

Iklan
Iklan

Semalam, Saarani mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Perak ke-14 di hadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.