KUCHING – Seorang pelajar kerugian RM 110,000 selepas terpedaya dengan panggilan anggota sindiket"Macau Scam” yang menyamar sebagai pegawai polis semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Sarawak, Superintendan Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata mangsa yang berusia 24 tahun telah menerima panggilan dari seorang lelaki dikenali sebagai Sarjan Lim yang memaklumkan mangsa kononnya dia terlibat dengan kes pengubahan wang haram.
"Setelah disoal siasat, suspek kemudian mengarahkan mangsa untuk memindahkan sejumlah wang RM110,000 ke dalam empat akaun yang berbeza sementara siasatan lanjut dijalankan.
"Difahamkan wang tersebut merupakan duit biasiswa mangsa. Menyedari dirinya ditipu, mangsa kemudian membuat laporan polis di balai polis berdekatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, sebatan dan denda jika sabit kesalahan. - Bernama