MTAS lokasi program 'fast track SPM' lepasan tahfiz

Iklan
Mohamad Rafie

SEREMBAN - Maahad Tahfiz As-Sa'idiyyah (MTAS), Senawang dipilih sebagai lokasi pelaksanaan Program Fast Track Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) lepasan tahfiz bermula Januari depan.

Exco Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan Negeri Sembilan, Datuk Dr Mohamad Rafie Ab Malek berkata, keputusan itu diambil setelah mengambil kira pelbagai faktor antaranya kemudahan asrama, dewan makan, bilik darjah dan makmal selain kesesuaian lokasi.

Iklan
Iklan

"Seramai 50 pelajar lepasan tahfiz terdiri daripada 31 pelajar lelaki dan 19 pelajar perempuan akan memulakan pengajian mereka pada minggu pertama Januari tahun depan.

"Sebagai persediaan, gotong-royong membersihkan kawasan sekitar di MTAS dilakukan beberapa hari lepas termasuk kerja-kerja mengecat dan memasang pagar untuk memastikan keselesaan pelajar," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Iklan

Kerajaan Negeri Sembilan akan memulakan projek rintis Program Fast Track SPM untuk pelajar lepasan tahfiz di negeri itu melibatkan 50 pelajar bermula Januari tahun depan.

Program itu bercorak eksklusif kerana pelajar perlu mengikuti pelajaran dari Tingkatan Satu hingga Lima dalam tempoh satu tahun sebelum menduduki peperiksaan SPM.

Iklan

Selain itu, program kemahiran Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) juga dibuka kepada pelajar tahfiz yang tidak berminat dengan program akademik.