SPRM sahkan belum terima aduan isu RM90j

Iklan

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan belum menerima laporan rasmi berkenaan dakwaan Pas menerima RM90 juta daripada Umno.

Memetik portal The Malaysian Insight, perkara itu dinyatakan oleh seorang pegawai tinggi SPRM.

Iklan
Iklan

Menurutnya, walaupun tuntutan itu, yang asalnya dibuat oleh Sarawak Report, dilaporkan secara meluas di media, belum ada laporan rasmi dibuat kepada SPRM.

"Sesiapa yang mempunyai maklumat sah atau rasmi diminta tampil untuk membuat aduan kepada kami. Jangan hanya membuat dakwaan semata-mata," kata pegawai yang tidak dinamakan itu.

Iklan

Katanya lagi, Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 membolehkan identiti pemberi maklumat dirahsiakan.

Semalam, wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin dalam catatan di blognya memberitahu satu-satunya cara untuk mengetahui kebenaran dakwaan itu adalah melalui siasatan polis dan SPRM.

Iklan

Ia susulan keputusan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menyelesaikan kes samannya terhadap Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown yang membuat dakwaan itu di luar mahkamah, 2 Februari lalu.

Dalam penyelesaian itu, Abdul Hadi menarik balik tuntutan terhadap Sarawak Report manakala Clare menarik balik tuntutan balasnya.

Tindakan itu dikritik beberapa pihak, termasuk ada yang membenarkan dakwaan Pas menerima wang itu memang benar.

ARTIKEL BERKAITAN:

Pas tak kisah artikel Sarawak Report tak diturunkan

Tarik balik saman: Hadi kunci mulut sampai 11 Februari?